Keputusan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) telah diumumkan pada 14-12-2015 di seluruh sekolah termasukla Maktab Mahmud Bandar Baharu. Semua pelajar tingkatan 3 dan waris masing-masing hadir ke sekolah bagi mendapatkan keputusan.
Wednesday, 16 December 2015
Monday, 16 November 2015
Sunday, 25 October 2015
MAJLIS MENGACAU BUBUR ASYURA
Majlis mengacau bubur
Asyura telah diadakan di Maktab Mahmud Bandar Baharu pada hari Rabu, 21 Oct
2015.
Hari Asyura merupakan salah
satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab
asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang
kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat
Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku
ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut
seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
Masyarakat Islam turut
percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram antaranya :
- Hari pertama Allah
menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah
menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah
menurunkan hujan.
- Allah menjadikan
'Arasy.
- Allah menjadikan Luh
Mahfuz.
- Allah menjadikan
Malaikat Jibril.
- Nabi Adam a.s.
dicipta.
- Diampunkan dosa Nabi
Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan
Allah.
- Nabi Idris a.s.
diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi
Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera
baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Ibrahim a.s.
dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim a.s.
diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s.
dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s.
telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
- Nabi Ayub a.s.
disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Musa a.s. telah
diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan
kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Nabi Yunus a.s.
selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari
40 malam.
- Kesalahan Nabi Daud
a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s.
dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s.
diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
- Saidina Hussein ibni
Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah
Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
Perkara yang sering menjadi
adat pada hari Asyura dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURA.
Bubur Asyura ialah bubur
yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari
Asyura. Bubur Asyura ni mesti mempunyai 10 jenis ramuan, kalau lebih atau
kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri
di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan
jadi mcm2 laa cara untuk membuat Bubur Asyura ni.
Di utara semenanjung
Malaysia bubur Asyura rasanya manis, di pantai timur plak bubur Asyura berempah
dan mengandungi daging, kalau seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai
ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain datang dari Singapura.
Sejarah Bubur Asyura
Dari bacaan dan rujukan aku
dibeberapa blog dan website, sejarah bubur Asyura ni datang dari zaman Nabi Nuh
as lagi. Ada dinyatakan dalam kitab Nihayatuz Zain, Kitab Nuzhatul Majalis,
Kitab Jam'ul Fawaid bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di
bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan
yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang
ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh
sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"
"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya
kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".
Maka berdasarkan kisah
inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji
bijian yang dinamakan BUBUR ASYURA (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh
dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan
bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.
Tuesday, 13 October 2015
Sunday, 4 October 2015
MAKLUMAN MENGENAI ISU JEREBU DI SEKOLAH
p/s : Bagi pelajar-pelajar ting.4 yang menduduki peperiksaan SMAM, peperiksaan tersebut ditangguhkan selepas sekolah dibuka semula.
Monday, 28 September 2015
MAJLIS BACAAN YASIN DAN MOHON RESTU
Satu majlis bacaan Yasin dan mohon restu telah diadakan sempena peperiksaan awam PT3, SMAM dan juga SPM. Majlis ini diadakan pada :
Tarikh : 27hb September 2015 @ 13 Zulhijjah 1436
Hari : Ahad
Masa : 4.00 petang
Tempat : Dewan Salman Al-Farisi
Wednesday, 23 September 2015
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Semua warga MAKTAB MAHMUD BANDAR BAHARU ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA bagi semua umat Islam pada 24 September 2015 bersamaan 10 Zulhijjah 1436 Hijrah.
Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.
Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.
Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:
"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI). Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.
Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.
Pendek kata, ibadah korban merupakan gambaran praktikal dari keikhlasan, ketaatan dan ketulusan hati yang tidak berbelah-bagi Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Monday, 24 August 2015
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3 DAN SPM
Pengetua, Barisan Pentadbir sekolah, guru-guru, staff sokongan dan semua warga sekolah ingin mengucapkan selamat **Menghadapi Peperiksaan Percubaan PT3 dan SPM** kepada semua pelajar tingkatan 3 dan 5 Maktab Mahmud Bandar Baharu.
Tips :-
1- Jaga kesihatan.
2- Jaga makan dan minum. Makanlah makanan yang berkhasiat.
3- Jangan mudah putus asa.
4- Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat lima waktu, solat-solat sunat seperti sunat hajat, sunat tahajut dan sebagainya.
5- Selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan
6- Mohon maaf dan restu daripada kedua ibubapa dan guru.
7- Jawap soalan ujian dengan teliti dan memahami betul-betulkehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan semasa di dewan peperiksaan.
8- Berusaha dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang.
SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA CALON-CALON PT3 DAN SPM
**GOOD LUCK FOR YOUR EXAM**

Monday, 3 August 2015
PROGRAM - HALATUJU SEBENAR KEHIDUPAN PELAJAR MUSLIM
Tarikh : 02/08/2015 (Ahad)
Jam : 3.30 ptg
Tempat : Dewan Salman Al-Farisi
Program ini disampaikan oleh Cik Mawaddah binti Zainol. Beliau bakal melanjutkan pelajaran ke Yarmouk University dalam bidang Pengajian Islam. Beliau merupakan anak ke 2 daripada 5 adik beradik. Beliau mendapatkan pendidikan rendah di SK Behor Empiang (2004 - 2009). Beliau mendapatkan pelajaran Menengah di Maktab Mahmud Pokok Sena selama 3 tahun. Selepas itu, beliau menyambung pelajaran ke Maktab Mahmud Alor Setar. Beliau belajar disana sekejap sahaja sebelum menyambung pelajaran ke SMK Agama (P) Alawiyah. Antara keputusan-keputusan yang pernah beliau peroleh adalah :
UPSR - 5A ; PMR - 9A ; SPM - 7A 4B
Beliau dijemput dalam program ini adalah untuk memberi kata-kata semangat dan galakan untuk pelajar Maktab Mahmud Bandar Baharu yang akan mendudukan peperiksaan besar dalam masa terdekat.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MAKTAB MAHMUD BANDAR BAHARU
Majlis Sambutan Aidilfitri 2015
Anjuran : Pelajar-pelajar Maktab Mahmud Bandar Baharu
Tarikh : 30 Julai 2015 (Khamis)
Dihadiri oleh :
- Dato Abdul Aziz bin Sheikh Fadzir
(Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu)
- En. Harun bin Zulkifli
(Dipertua PIBG)
- Cikgu Wan Bideris
(Mantan Pengetua MMBB)
- Ustaz Che Lah
(Ahli Lembaga Maktab)
*Semua warga Maktab Mahmud Bandar Baharu

PROGRAM TEKNIK MENJAWAP PT3 TAJAAN PEJABAT ZAKAT NEGERI KEDAH
Tarikh : 30,31 Julai & 1 Ogos 2015 (Khamis hingga Sabtu)
Tempat : Kem
Rekreasi Belia Baling
Makanan :
Tajaan Pejabat Zakat Negeri Kedah
Aturcara :
WAKTU
/ HARI
|
KHAMIS (30 JULAI
2015)
|
JUMAAT (31 JULAI
2015)
|
SABTU (1 OGOS 2015)
|
5.30
AM
|
|
Qiamullail /Solat Subuh
|
Qiamullail /Solat Subuh
|
07.00
AM
|
Sarapan pagi
|
Sarapan pagi
|
|
08.00
AM
|
MODUL 2 : BAHASA MELAYU
|
MODUL
5 : BAHASA ARAB
|
|
10.00AM
|
Rehat / Minum pagi
|
Rehat / Minum pagi
|
|
10.30
AM
|
SLOT MOTIVASI
|
PELAN TINDAKAN
DAN MAJLIS PENUTUP
|
|
12.30
PM
|
Ketibaan peserta dan pendaftaran/Solat Zohor
|
Rehat/ Solat Fardhu Jumaat/Zohor
|
Makan Tengahari / Bersurai
|
03.00
PM
|
Taklimat program
Ice – Breaking
|
MODUL 3 : BAHASA INGGERIS
|
|
05.00
PM
|
Minum petang
Solat Asar
|
Minum petang
Solat Asar
|
|
05.30
PM
|
RIADHAH ‘INDOOR’
|
RIADHAH ‘OUTDOOR’
|
|
06.30
PM
|
Makan malam
Solat Maghrib
|
Makan malam
Solat Maghrib
|
|
08.30
PM
|
MODUL
1 : MATEMATIK
|
MODUL 4 : SAINS
|
|
10.30 PM
|
Minum malam/Solat Isyak
Tidur
|
Minum malam/ Solat Isyak
Tidur
|
Subscribe to:
Posts (Atom)