Sunday 28 August 2016

MERDEKA 2016 #SEHATI SEJIWA


Serba sedikit hasil karya pelajar-pelajar Maktab Mahmud Bandar Baharu :-




Wednesday 24 August 2016

PERADUAN INSTAGRAM MERDEKA 2016


Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2016, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), akan menganjurkan Peraduan Instagram Merdeka 2016 yang bertujuan:-
 
Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2016 dengan penuh patriotisme.
 
•  Meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aplikasi instagram;
 
•  Merakyatkan amalan kibaran jalur gemilang di lapangan (pedalaman) dan media online; 
 
(Penyertaan adalah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia bermula pada 16 Ogos - 16 September 2016) 

Hantarkan insta foto atau insta video gelagat Sehati Sejiwa anda dalam menyambut Hari Kebangsaan 2016 secara kreatif melalui instagram anda. Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan :-
b)  Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka

Sunday 7 August 2016

PENARAFAN SSQS 2016


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification (SSQS) mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2016 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-econnomy).

Link SSQS : http://dataserver.btpnkedah.moe.edu.my/ssqs2016/

PESTA BUAH-BUAHAN 03 August 2016












SAMBUTAN MAJLIS AIDIL FITRI ASRAMA MMBB 2016












Thursday 23 June 2016

NUZUL AL-QURAN 2016



SEMUA PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN MAKTAB MAHMUD BANDAR BAHARU MENGUCAPKAN 'SALAM NUZUL AL-QURAN' KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.



Sunday 5 June 2016

SAMBUTAN RAMADHAN 2016



Semua warga PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN MAKTAB MAHMUD BANDAR BAHARU ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan 2016 kepada semua muslimin dan muslimat yang disayangi.

Marhaban ya Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang.Dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun 2016 (1437 Hijrah)


Tuesday 24 May 2016

MANFAATKAN CUTI SEKOLAH

Tidak lama lagi setiap sekolah akan bercuti selama 2 minggu. Masa cuti yang agak panjang seeloknya hendaklah di isi dengan aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar-pelajar itu sendiri. Terdapat beberapa contoh aktiviti yang boleh dilakukan seperti :-

1) Menyertai Kem Motivasi / Kem Ibadah / Kelas tuisyen
2) Menambah ilmu pengetahuan berkenaan ICT / Menghadiri kelas-kelas ICT
3) Mempelajari kemahiran Bertukang / Kraftangan
4) Mempelajari kemahiran Bermuzik / Menari
5) Mempelajari aktiviti berenang
6) Berkebun di rumah
7) Membantu datuk dan nenek di kampung
8) Bekerja Sambilan
9) Menyertai aktiviti Amal
10) Mengulangkaji pelajaran / Banyakkan membaca novel-novel atau buku-buku ilmiah / Berkunjung ke perpustakaan.

Semoga tip-tip yang dikongsikan dapat digunakan sebaiknya sepanjang cuti sekolah yang akan datang.




Pihak MAKTAB MAHMUD BANDAR BAHARU mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru-guru dan pelajar-pelajar.

Monday 16 May 2016

HARI GURU 2016

SELAMAT HARI GURU di ucapkan kepada semua guru di Maktab Mahmud Bandar Baharu dan di seluruh Malaysia.





















MAJLIS IDUL ILMI

Tarikh : 04 Mei 2016 (26 Rejab 1437)
Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Salman Al-Farisi

Di rasmikan oleh : Nasrun bin Dato' Mohd Sheriff (Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud)



KEUNGGULAN MODAL INSAN TONGGAK TRANSFORMASI MAAHAD