Thursday 28 April 2016

KEMPEN JOM BACA

'KEMPEN JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT' telah diadakan secara besar besaran pada 25 April 2016, jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.

Program ini yang dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Difahamkan, 'Jom Baca Bersama untuk 10 Minit' akan berjalan serentak di 14 buah negeri dengan menyasarkan lebih daripada 2.6 juta penyertaan dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.