Monday, 24 August 2015

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3 DAN SPM

Pengetua, Barisan Pentadbir sekolah, guru-guru, staff sokongan dan semua warga sekolah ingin mengucapkan selamat **Menghadapi Peperiksaan Percubaan PT3 dan SPM** kepada semua pelajar tingkatan 3 dan 5 Maktab Mahmud Bandar Baharu.

Tips :-
1- Jaga kesihatan.
2- Jaga makan dan minum. Makanlah makanan yang berkhasiat.
3- Jangan mudah putus asa. 
4- Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat lima waktu, solat-solat sunat seperti sunat hajat, sunat tahajut dan sebagainya.
5- Selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan
6- Mohon maaf dan restu daripada kedua ibubapa dan guru.
7- Jawap soalan ujian dengan teliti dan memahami betul-betulkehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan semasa di dewan peperiksaan.
8- Berusaha dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang.

SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA CALON-CALON PT3 DAN SPM

**GOOD LUCK FOR YOUR EXAM**

Monday, 3 August 2015

PROGRAM - HALATUJU SEBENAR KEHIDUPAN PELAJAR MUSLIM

Tarikh : 02/08/2015 (Ahad)
Jam     : 3.30 ptg
Tempat : Dewan Salman Al-Farisi

Program ini disampaikan oleh Cik Mawaddah binti Zainol. Beliau bakal melanjutkan pelajaran ke Yarmouk University dalam bidang Pengajian Islam. Beliau merupakan anak ke 2 daripada 5 adik beradik. Beliau mendapatkan pendidikan rendah di SK Behor Empiang (2004 - 2009). Beliau mendapatkan pelajaran Menengah di Maktab Mahmud Pokok Sena selama 3 tahun. Selepas itu, beliau menyambung pelajaran ke Maktab Mahmud Alor Setar. Beliau belajar disana sekejap sahaja sebelum menyambung pelajaran ke SMK Agama (P) Alawiyah. Antara keputusan-keputusan yang pernah beliau peroleh adalah :
UPSR - 5A  ;  PMR - 9A  ;  SPM - 7A 4B

Beliau dijemput dalam program ini adalah untuk memberi kata-kata semangat dan galakan untuk pelajar Maktab Mahmud Bandar Baharu yang akan mendudukan peperiksaan besar dalam masa terdekat.








MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MAKTAB MAHMUD BANDAR BAHARU

Majlis Sambutan Aidilfitri 2015
Anjuran  :  Pelajar-pelajar Maktab Mahmud Bandar Baharu
Tarikh     :  30 Julai 2015 (Khamis)
Dihadiri oleh :
- Dato Abdul Aziz bin Sheikh Fadzir
  (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu)
- En. Harun bin Zulkifli
  (Dipertua PIBG)
- Cikgu Wan Bideris
  (Mantan Pengetua MMBB)
- Ustaz Che Lah
  (Ahli Lembaga Maktab)
*Semua warga Maktab Mahmud Bandar Baharu