Sunday 21 June 2015

SELAMAT DATANG ......!




Selamat datang diucapkan kepada Guru Penolong Kanan HEM yang baru ke Maktab Mahmud Bandar Baharu iaitu cikgu Mohd Radzi bin Abd Lateh. Beliau dilahirkan pada 15 Januari 1965. Beliau sudah berumahtangga dan menetap di A5, Kuarters Guru, SMK Kubu Gajah, 34130 Selama, Perak Darul Ridzuan.
Beliau pernah mendapatkan pelajaran di beberapa institusi pengajian seperti dibawah :- 
  1. Maktab Mahmud Alor Setar                -           SRP dan SPM
  2.  Kolej Islam Kelang                              -           STPM
  3.  Maktab Perguruan Islam Bangi                      -           Sijil Perguruan Asas
  4.  Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi         -           BA (Hons) Pengajian Islam
  5.  Universiti Malaya                                -           Sarjana Usuludin (Kursus Jabatan Akidah dan Pemikiran Akademi Pengajian Islam)

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Di ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua warga Maktab Mahmud Bandar Baharu.

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.



Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
 
 

 Sabda Rasulullah S.A.W lagi : "Barangsiapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan, nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka."

Tuesday 16 June 2015

DOA-DOA SEWAKTU MENGAMBIL PEPERIKSAAN








Atau:

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN


1. PERSEDIAAN FIZIKAL

Kesihatan
Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut: