Sunday 21 June 2015

SELAMAT DATANG ......!




Selamat datang diucapkan kepada Guru Penolong Kanan HEM yang baru ke Maktab Mahmud Bandar Baharu iaitu cikgu Mohd Radzi bin Abd Lateh. Beliau dilahirkan pada 15 Januari 1965. Beliau sudah berumahtangga dan menetap di A5, Kuarters Guru, SMK Kubu Gajah, 34130 Selama, Perak Darul Ridzuan.
Beliau pernah mendapatkan pelajaran di beberapa institusi pengajian seperti dibawah :- 
  1. Maktab Mahmud Alor Setar                -           SRP dan SPM
  2.  Kolej Islam Kelang                              -           STPM
  3.  Maktab Perguruan Islam Bangi                      -           Sijil Perguruan Asas
  4.  Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi         -           BA (Hons) Pengajian Islam
  5.  Universiti Malaya                                -           Sarjana Usuludin (Kursus Jabatan Akidah dan Pemikiran Akademi Pengajian Islam)

Beliau pernah menaburkan jasa perkhidmatan di beberapa sekolah seperti :-
  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Bukan Siswazah) di SK Pulau Gaya Kota Kinabalu
  2.  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) di SMK Dato’ Hj Hussein, Selama, Perak
  3.  Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Kubu Gajah, Selama, Perak
Beliau sangat aktif dalam kokurikulum dan juga aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Antaranya beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Komanden Kadet Remaja Sekolah, Guru Takmir Masjid Daerah Selama,  ALP Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Bandar Baharu dan Penceramah sambilan PLKN anjuran Tegas Mesra Selama, Perak.
Beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2003 dan 2013. Selain itu beliau juga pernah dianugerahkan Anugerah Pengurusan Cemerlang Kokurikulum pada tahun 2008.


No comments:

Post a Comment