Thursday 16 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1436H

Semua warga Maktab Mahmud Bandar Baharu ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua Muslimin dan Muslimat.
Kemaafan dipohon seandainya ada salah dan silap.

 



Monday 13 July 2015

MAJLIS IFTAR JAMAIE

Tarikh : 09 Julai 2015
Hari : Khamis
Masa : Bermula jam 6.45 ptg
Tempat : Dewan Salman Al-Farisi

Aturcara majlis :
6.45 ptg     -  Para tetamu mengambil tempat
7.00 mlm   -  Ketibaan tetamu utama
                  -  Ucapan pengetua
                  -  Ucapan tetamu utama
                  -  Tazkirah
                  -   Berbuka puasa dengan tamar dan air mineral
                  -  Solat Maghrib
                  -  Jamuan
                  -  Solat Isyak dan terawih
                  -  Bersurai


MAJLIS SEMARAK BUDI PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


TARIKH : 09 JULAI 2015
HARI : KHAMIS
MASA : 10.00 PAGI - 1.00 TGHARI
TEMPAT : DEWAN SALMAN AL-FARISI

Aturcara :
10.00 pagi
Semua pelajar berkumpul di dewan.
10.15 pagi
Ketibaan yang diraikan Ustazah Hajah Alawiyah binti Othman serta  tetamu jemputan.
10.30 pagi
- Kata alu-aluan pengerusi majlis
- Bacaan doa
- Ucapan wakil pelajar
- Ucapan wakil guru
- Persembahan  daripada pelajar-pelajar
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Pengetua Maktab Mahmud Bandar Baharu
- Penyampaian cenderahati
12.00 tghari
Perarakan mengiringi Ustazah Hajah Alawiyah binti Othman
1.00 tghari
Bersurai

Semua warga Maktab Mahmud Bandar Baharu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ustazah Hajah Alawiyah yang telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang pendidikan dan pentadbiran di sekolah ini. Kami doakan yang terbaik buat Ustazah Hajah Alawiyah.

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu...





JASAMU DIKENANG - USTAZAH HAJAH ALAWIYAH BINTI OTHMAN

     
Tanggal 9 Julai 2015 merupakan tarikh akhir perkhidmatan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Hajah Alawiyah binti Othman di Maktab Mahmud Bandar Baharu (MMBB). Beliau telah berkhidmat lebih 12 tahun di sini. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan HEM dan juga Pemanggu Pengetua. Sebelum ini, beliau juga pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah, Sekolah Kebangsaan Selama, Kedah dan Maahad Ittihad Alwataniah.
      Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1955 di Kg Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak. Beliau anak ke 5 daripada 12 orang adik beradik yang terdiri daripada 8 lelaki dan 4 perempuan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Telok Medan, Perak dari darjah 1 hingga darjah 6. Habis darjah 6, beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Madrasah Al-Akhlak Al Islamiyah, Bagan Serai selama 3 tahun. Beliau mendapat pendidikan tingkatan 4 dan 5 di Madrasah Irshadiah Addiniah Bagan Datoh, Perak. Seterusnya, beliau skali lagi menyambung pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Monday 6 July 2015

MALAM LAILATUL QADAR : JANGAN LEPASKANNYA

Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT : 
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

Saturday 4 July 2015

SALAM NUZUL AL-QURAN


4 Julai 2015 / 17 Ramadhan 1436

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran diucapkan kepada semua warga Maktab Mahmud Bandar Baharu....


Peristiwa Nuzul Quran
Peristiwa Nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
 
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

 Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.