Monday 13 July 2015

JASAMU DIKENANG - USTAZAH HAJAH ALAWIYAH BINTI OTHMAN

     
Tanggal 9 Julai 2015 merupakan tarikh akhir perkhidmatan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Hajah Alawiyah binti Othman di Maktab Mahmud Bandar Baharu (MMBB). Beliau telah berkhidmat lebih 12 tahun di sini. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan HEM dan juga Pemanggu Pengetua. Sebelum ini, beliau juga pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah, Sekolah Kebangsaan Selama, Kedah dan Maahad Ittihad Alwataniah.
      Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1955 di Kg Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak. Beliau anak ke 5 daripada 12 orang adik beradik yang terdiri daripada 8 lelaki dan 4 perempuan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Telok Medan, Perak dari darjah 1 hingga darjah 6. Habis darjah 6, beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Madrasah Al-Akhlak Al Islamiyah, Bagan Serai selama 3 tahun. Beliau mendapat pendidikan tingkatan 4 dan 5 di Madrasah Irshadiah Addiniah Bagan Datoh, Perak. Seterusnya, beliau skali lagi menyambung pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

      Beliau berumahtangga pada 7 April 1976. Suami beliau bernama Hassan Basri @ Mohd Yusoff bin Haj Zakasi. Beliau telah dikurniakan 5 orang anak yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan. Beliau mempunya hobi menjahit, membaca dan memasak. Makanan kegemaran beliau adalah mee dan juga laksa. Kenangan manis yang selalu diingati adalah kenangan semasa beliau mengerjakan haji pada tahun 2008. Perancangan beliau selepas bersara untuk meluangkan masa sebaik-baiknya bersama-sama suami dan keluarga tersayang sesambil berehat di rumah.

****Itulah serba sedikit profil Ustazah Hajah Alawiyah. Semua warga Maktab Mahmud Bandar Baharu berharap semoga beliau dapat mengisi ruang-ruang yang tertinggal lebih bererti bersama keluarga, kerana sepanjang perkhidmatan, komitmen tinggi beliau yang mementingkan keberkesanan dan keutamaan kepada warga sekolah.****

No comments:

Post a Comment